Friday, October 4, 2013

Se-Bahagian.

Sedarkah yang kau telah menjadi sebehagian dari aku ?
Yang tak mungkin aku buang dari minda, buang kau dalam timbunan kenangan sampah, atau tinggalkan kau ketika aku tidur. Walau dalam 'nap sleep' orang kata sebagai tidur sementara. Tidak. Tidak sesekali.

Pada realiti, kau muncul.
Dalam mimpi, kau muncul lagi.
Mengapa ?
Sebab kau semangat, kau macam malaikat, kau penghapus air mata, kau pemberi kata nasihat.
Dan macam-macam kau boleh jadi.
Segalanya yang baik-baik sahaja aku nampak pada kamu.
Kerana itu kau melekat pada jiwa raga aku, mungkin.

Tak pernah aku rasa bahagia begini.
Rasa selamat yang terlampau selamat.
Rasa bahagia yang kau tak rasa masa bercinta.
Segala rasa yang kau tak pernah tahu akan wujud dalam diri kau sebelum ni.
Tiap hari aku panjatkn rasa syukur pada Tuhan kerana temukan mata kita dan gerakkan hati kita untuk bertegur.
Aku tambah permintaan aku pada Tuhan agar dipanjangkan persahabatan ini sampai tua. Sampai mati. Sampai bila-bila.


Terima kasih, kawan.

No comments:

Post a Comment