Aku dan kamu,
sama buta. Tapi sama cinta.
Aku dan kamu,
berjauhan. Tapi sama sayang.
Aku dan kamu,
berlainan. Tapi sama rasa.
Aku dan kamu,
saling menafikan. Tapi hati sama suka.
Kita berdua punya sama cinta, sayang, rasa dan suka.
Tapi sepertinya hati kita telah terbahagi dua.
Cinta aku dan kamu,
terhalang dek pembahagi.
Satu pada hati aku. Satu pada hati kamu.
Bisikan syaitan ambil alih watak pembahagi.
Pembahagi yang memisahkan hati ini.
Tapi,
cinta aku dan kamu,
cinta mati.
Tunggu. Tolong tunggu aku.
Tunggu sampai aku hapus sama pembahagi sial itu.
Demi cinta mati ini. Aku janji.
Monday, October 7, 2013
Friday, October 4, 2013
Se-Bahagian.
Sedarkah yang kau telah menjadi sebehagian dari aku ?
Yang tak mungkin aku buang dari minda, buang kau dalam timbunan kenangan sampah, atau tinggalkan kau ketika aku tidur. Walau dalam 'nap sleep' orang kata sebagai tidur sementara. Tidak. Tidak sesekali.
Pada realiti, kau muncul.
Dalam mimpi, kau muncul lagi.
Mengapa ?
Sebab kau semangat, kau macam malaikat, kau penghapus air mata, kau pemberi kata nasihat.
Dan macam-macam kau boleh jadi.
Segalanya yang baik-baik sahaja aku nampak pada kamu.
Kerana itu kau melekat pada jiwa raga aku, mungkin.
Tak pernah aku rasa bahagia begini.
Rasa selamat yang terlampau selamat.
Rasa bahagia yang kau tak rasa masa bercinta.
Segala rasa yang kau tak pernah tahu akan wujud dalam diri kau sebelum ni.
Tiap hari aku panjatkn rasa syukur pada Tuhan kerana temukan mata kita dan gerakkan hati kita untuk bertegur.
Aku tambah permintaan aku pada Tuhan agar dipanjangkan persahabatan ini sampai tua. Sampai mati. Sampai bila-bila.
Terima kasih, kawan.

Monday, July 15, 2013
Hibernasi Versi Dua.
Bila aku terlalu kerap menangis,
sampai satu tahap tiba-tiba aku rasa dah tak mampu menangis lagi.
Kering kontang.
Kalau kau rasa itu adalah titisan terakhir, kau silap.
Mata aku sedang hibernasi.
Dia sedang mengumpul tenaga dan titisan.
Sebab selepas ini, dia akan mengeluarkan hujanan yang lebih banyak dari apa yang kau jangka.
Esaklah dulu sampai puas.
Kerana sekarang mata aku cuma hibernasi, bukan berhenti.

Subscribe to:
Posts (Atom)