Wednesday, July 12, 2017

Gersang

Rasa gersang ini punca kehancuran. Rasa gersang ini yang membawa aku jauh dari Tuhan.

Rasa gersang aku, bukan biasa-biasa. Rasa gersang aku, bukan minta dikucup, bukan ingin diratah, bukan kupinta untuk dinikmati, bukan. Jauh sekali bukan.

Rasa gersang aku, rasa gersang ingin tahu tentang dia. Kemudian pula aku igin masuk ke dalam hidupnya. Kemudian pula aku ingin hidup bersamanya. Dan kemudian pula aku ingin cinta mati terhadapnya.

Yang mana diakhir cerita, aku terperangkap dalam dakapannya sedangkan dia, halus-halus berdusta, tidak pula aku sedari, kerana aku telah buta, dek kerasa rasa gersang yang setan cipta.

Wednesday, February 8, 2017

Vitamin Hati #1

Aku pesakit yang kira dalam kategori masih belum move on dari kes putus cinta yang lepas. Doktor kata, sakitnya telah menular, dari lubuk hati, kini urat-uratnya pula dijangkiti.

Lalu doktor pun berikan aku vitamin hati. Nak makan pun ada caranya. Macam biasa, baca Bismillah mula-mula. Lepas tu, tanam dan niat dalam-dalam bahawa bekas kekasih kau tu hanyalah sampah jalanan maha tak guna, fikirkan segalanya yang paling teruk, yang paling hina, yang paling kau tak suka pasal dia....

Kemudian baru telan. Gulp.

Semoga dengan vitamin ini aku dapat bertenang, walaupun sekejap.