Thursday, October 29, 2015

Titisan Jatuh Dari Mata.

Pernah tak lepas kau kecewa atau kau ada masalah lepas tu kau menangis, sampai satu tahap yang kritikal kau rasa teruk sangat sampai kau dah tak mampu menangis. Kau cuba untuk menangis lagi tapi tak boleh. Seluruh pelincir mata dah kau keluarkan. Habis. Kosong. Masa tu kau macam dah takde perasaan. Semua orang yang sayang kau dipersetankan. Sebab kau dah terlampau kecewa. Kau rasa tak dihargai dan tak mahu menghargai orang-orang yang sayang kau. Sebab kecewa dah terlalu dalam. Kau nak keluarkan kecewa tu pun kau tak dapat cari dipelusuk mana ia bersembunyi.



Aku cuma harap, apa yang aku ada skrg ni tak kan pergi dari aku. Sebab kalau boleh aku nak rasa macam mana menangis kegembiraan.

Sunday, October 25, 2015

Pain Killer.

Kadang-kala, menangis buat aku tenang. Walaupun sementara. Ya, sementara.
10 jam atau kurang daripada itu, peratusan amat besar untuk aku ingat balik pasal apa yang aku tangiskan, atau kejadian-kejadian sebelumnya.
Aku sedar masalah tak akan selesai dengan menangis, tapi ia umpana pain killer buat aku untuk lega sekejap. Tenang. Rasa sakit bercampur kecewa bercampur sedih dan pelbagai jenis perasaan lagi turut serta.



Masa tu, Allah dengan sedu-sedan jadi peneman aku.

Friday, October 16, 2015