Sunday, December 7, 2014

Insomnia

Ada satu macam rasa, yang buat kau tak boleh tidur, tapi tak pasti sama ada ia kerana memikirkan assignment kau yang berlambak, atau kerana masalah dengan family kau, atau kerana kau lapar, atau...gelisah?


Gelisah....sebab apa?
Sebab kau terfikirkan seseorang. Seseorang yang bukan calang istimewanya pada kau. Seseorang yang sedikit sebanyak mengubah hidup kau. Adakalanya menjadikan hidup kau berubah 360 darjah.


Ya...ini gelisah. Bukanlah insomnia pun.







"Sudah-sudahlah tu. Cubalah tidur. Orang tu bukan fikir pasal kau pun. Berdoa saja pada Tuhan dan serahkan saja segalanya kepada yang Esa. Tidurlah sambil zikir. Zikir....sampai kau tertidur."