Sunday, December 7, 2014

Insomnia

Ada satu macam rasa, yang buat kau tak boleh tidur, tapi tak pasti sama ada ia kerana memikirkan assignment kau yang berlambak, atau kerana masalah dengan family kau, atau kerana kau lapar, atau...gelisah?


Gelisah....sebab apa?
Sebab kau terfikirkan seseorang. Seseorang yang bukan calang istimewanya pada kau. Seseorang yang sedikit sebanyak mengubah hidup kau. Adakalanya menjadikan hidup kau berubah 360 darjah.


Ya...ini gelisah. Bukanlah insomnia pun.







"Sudah-sudahlah tu. Cubalah tidur. Orang tu bukan fikir pasal kau pun. Berdoa saja pada Tuhan dan serahkan saja segalanya kepada yang Esa. Tidurlah sambil zikir. Zikir....sampai kau tertidur."

Tuesday, November 11, 2014

Bantuan nafas.

Makin hari makin tenggelam.
Nafasku hanya tinggal baki sahaja.
Aku sangka 'breathing gas' yang aku isi bagi menempuh segala cabaran untuk hari-hari seperti hari ini cukup untuk sekurang-kurangnya sebulan.
Tapi terang dan nyata, aku salah.

Tolong, bantuan nafas diperlukan disini.
Nyawa aku sudah 50-50. 
Muka aku sudah pucat dan kuning. Mata aku sudah tidak segar lagi.
Jantung sudah bergerak perlahan.



Tolong.

Aku hilang semangat.
Tolong beri aku sedikit nafas kau, nafas untuk aku hidup, nafas untuk aku cari semula sinar kehidupan aku, nafas untuk aku yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan ini.