Monday, July 15, 2013

Hibernasi Versi Dua.

Bila aku terlalu kerap menangis,
sampai satu tahap tiba-tiba aku rasa dah tak mampu menangis lagi.
Kering kontang.
Kalau kau rasa itu adalah titisan terakhir, kau silap.


Mata aku sedang hibernasi.
Dia sedang mengumpul tenaga dan titisan.
Sebab selepas ini, dia akan mengeluarkan hujanan yang lebih banyak dari apa yang kau jangka.
Esaklah dulu sampai puas.
Kerana sekarang mata aku cuma hibernasi, bukan berhenti.